BAB 1: PENGENALAN

PENGHARGAAN


           Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Amanah Ikhtiar Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan latihan industri di syarikat AIM.


             Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Encik Mohd Khairul Amri Bin 
Amihamzah dari unit Pembangunan Usahawan serta Puan Nuralize Binti Alias dari unit Perkhidmatan Sokongan Kewangan yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari mulanya latihan industri hingga tamat latihan industri  di syarikat AIM.

               Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang memberi sokongan dan dorongan serta wang ringgit bagi menjayakan latihan industri ini.Tanpa sokongan dan dorongan keluarga saya. Mungkin saya tidak dapat menyiapkan blog laporan industri saya.

                 Akhir sekali, Ucapan Terima Kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.



PENGESAHAN PELAJAR



“SAYA AKUI LAPORAN INDUSTRI INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN SUMBERNYA

TANDATANGAN



  .................................
        
NAMA PELAJAR: MOHD SYAFIQ BIN NOOR  AHMAD         

NO PENDAFTRAN: 18DGT13F2020    

TARIKH
                        

DISAHKAN OLEH



................................................


(                                               )






1.1 PENGENALAN




Kursus Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan) merupakan salah satu daripada kursus pengajian yang ditawarkan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dimana ianya mengambil masa selama tiga tahun. Semasa berada di semester ke-6 pelajar diwajibkan untuk menjalani Latihan Industri (LI) di mana-mana firma sama ada di badan kerajaan mahupun swasta selama 20 minggu bagi memenuhi syarat- syarat penganugerahan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan).

Matlamat atau objektif utama Latihan Industri ialah satu proses pembelajaran kepada para pelajar untuk mendalami alam pekerjaan yang sebenar sebelum menghadapinya pada masa hadapan. Para pelajar akan didedahkan ke alam pekerjaan disamping mempelajari bagaimana keadaan dan situasi di tempat kerja serta menggunakan segala kemahiran yang dipelajari semasa berada di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Pengetahuan serta bimbingan yang di perolehi di tempat kerja amat berguna setelah pelajar tamat pengajian nanti. 

 Bidang teknikal dan kemahiran dijadikan satu pendedahan yang ditekankan semasa berada ditempat kerja bagi menambahkan ilmu pengetahuan.  Perhubungan antara pekerja lain juga mewujudkan satu lagi kematangan perhubungan sesama pekerja serta semangat bekerja dalam kumpulan.


Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana

i.       Mencatatkan segala apa yang dipelajari sepanjang tempoh latihan
ii.      Sebagai bukti latihan yang telah diikuti
iii.    Boleh digunakan sebagai penyokong untuk sesi temuduga pekerjaan

             Justeru itu, Latihan Industri merupakan latihan yang penting bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai buah fikiran yang bernas dalam mencari konsep yang sejajar dengan permodenan negara kita. Ia juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk memperkembangkan dan meningkatkan pengetahuan serta pengalaman dalam teknik- teknik kejuruteraan bagi pembangunan negara.


 1.2 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

           Latihan industri ini mempunyai berbagai kepentingan kepada pelajar sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar supaya tidak mengalami kesukaran apabila tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan.  Latihan industri dapat memberi pengalaman paling berguna kepada pelajar serta bagaimana cara untuk menyiapkan diri bagi menempuhi alam pekerjaan dan menjadikan pelajar lebih bersedia dalam menghadapi sesi pembelajaran setelah menamatkan latihan industri.  Ianya penting agar pelajar dapat melakukan yang terbaik terhadap institusi tertentu dan kepada diri sendiri.  Disamping itu, latihan industri ini juga membuat pelajar lebih yakin terhadap diri sendiri dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan darii pihak yang lain serta dapat mengubah sikap para pelajar itu sendiri agar hidup lebih berdikari.

           Selain itu dapat memupukkan semangat kerjasama antara pelajar dan semua pihak sebagai sebuah pasukan dan institusi yang lengkap.  Sifat amanah dan bertanggungjawab adalah salah satu sifat yang paling dituntut dalam menjalankan latihan industri dan dalam alam pekerjaan yang sebenar kerana dengan adanya sifat ini ia dapat melambangkan imej politeknik serta dapat meyakinkan institusi tersebut untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar akan datang untuk menjalankan latihan industri di institusi tersebut serta memberi tawaran pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian.

          Latihan industri juga dapat membuka pelajar agar mengaitkan tentang teori dipelajari didalam kelas dengan latihan praktikal yang sedang dijalankan. 

 1.3 OBJEKTIF LAPORAN

        Laporan ini mestilah mengandungi latar belakang setiap pelajar diwajibkan untuk menulis satu laporan industri (LI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik mengenai latihan yang telah diikuti oleh pelajar.  Garis panduan ini perlu dipatuhi sepenuhnya dan LI pelajar boleh ditolak jika tidak mengikut piawaian  yang telah ditetapkan.  Oleh  yang demikian setiap pelajar mestilah mengkaji garis panduan ini terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan.  Hasil penulisan adalah hasil pengalaman pelajar itu sendiri, syarikat atau firma dan juga peranannya.  Selain itu juga,ianya mesti meliputi perkara yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan ini.

        Pelajar juga mestilah memahami objektif sebenar diwajibkan dalam penyediaan laporan industri apabila mereka tamat menjalani latihan.  Berikut adalah faktor-faktor utama yang diwajibkan didalam penyediaan laporan latihan ini.

i.       Untuk  menerangkan secara bertulis tentang kerja-kerja yang dilakukan dan dipelajari semasa menjalani latihan ini yang mana ianya dapat menerangkan pengalaman pelajar semasa menjalani latihan ini.

ii.      Membuat kajian tentang sesuatu kerja dan membuat satu rumusan tentang keberkesanannya dari segi kualiti untuk meningkatkan mutu kerja tersebut.

iii.    Menyusun segala aktiviti yang dilakukan dengan teratur dan mudah difahami

iv.    Menyertakan gambarajah dan carta yang menunjukkan  dengan jelas jenis peralatan dan cara kerja yang dilakukan.

v.      Menghasilkan idea-idea yang dapat dijadikan rujukan pada masa hadapan

vi.    Untuk dijadikan panduan semasa menghadiri temuduga dan setelah menceburi bidang pekerjaan.

vii.   Membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran, melahirkan pendapat yang bernas serta menunjukkan kematangan pelajar tersebut.

viii.  Membuktikan seseorang pelajar itu telah menjalani latihan industri seperti yang dikehendaki oleh pihak Politeknik Tuanku Syed  Sirajuddin.

ix.    Dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam menghasilkan laporan yang berkualiti.









1 comment: