Sebagai seorang pelatih yang telah menjalani latihan, beberapa cadangan dan saranan yang bertujuan mempertingkatkan lagi pencapaian objektif Latihan Industri khususnya dan juga matlamat Amanah Ikhtiar Malaysia umumnya. Sebagai seorang pelajar , latihan industri ini cukup berfaedah kepada para pelajar.
Pelbagai faedah dapat diperolehi selepas tamat latihan industri terutamanya berkenaan dengan perkara-perkara teori yang dapat dipraktikan di tempat latihan. Dengan ini, kita dapat melihat sendiri keadaan sebenar sesuatu keadaan yang sebelum ini kita hanya dapat membayangkannya melalui teori sahaja.
Selain daripada itu, ada beberapa cadangan yang boleh dikemukakan iaitu :
i. Pihak Unit Latihan Industri dicadangkan supaya menyediakan satu jadual khas kepada pelatih berdasarkan kepada firma yang ditempatkan bagi melicinkan dan memudahkan perjalanan Latihan Industri. Ini juga dapat mengelakkan pihak tertentu cuba mengambil kesempatan ke atas pelatih bagi memudahkan tugas mereka
ii. Pelatih sepatutnya ditempatkan di setiap bahagian agar mereka tidak tertumpu terhadap sesuatu bidang sahaja dan dapat mempelajari perkara lain dalam masa yang sama seperti cara pengurusan sesebuah firma itu.
iii. Memberi peluang kepada pelatih agar mereka boleh bertanya sendiri kepada pekerja yang melakukan sesuatu proses bagi memudahkan mereka memahaminya serta mampu menghasilkan sebuah laporan yang lengkap apabila tamat latihan nanti.
iv. Saya berharap agar cadangan dan saranan saya ini dapat meningkatkan lagi mutu Latihan Industri yang telah sedia ada dan lebih bermanfaat kepada pelatih-pelatih bagi generasi yang seterusnya. Akhir kata, kerjasama dan perhubungan yang akrab antara pihak politeknik dan pihak firma amatlah diperlukan bagi membentuk sebuah pertalian yang akan menguntungkan bagi semua pihak termasuk pihak firma, pelatih, mahupun pihak politeknik sendiri.
No comments:
Post a Comment