BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI

     1.1 PENGENALAN ORGANISASI

 Amanah Ikhtiar Malaysia Merupakan organisasi mikrokredit terbesar di Malaysia yang beribupejabat di Bandar Sri Damansara dan mempunyai 139 buah cawangan di 23 wilayah di 7 zon di seluruh Malaysia. Ibu Pejabat AIM merangkumi 1 blok pejabat yang boleh memuatkan lebih 500 pekerja dan 1 leret bangunan kedai 2 tingkat di mana terletaknya juga pejabat AIM Solutions, dan juga kedai-kedai yang menyewa dari AIM. Pengarah Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia, Dato’ Dr. Zubir Harun, juga merupakan Pengerusi Lembaga di syarikat ini. Ibupejabat syarikat ini mempunyai 5 jabatan dan 23 unit berbeza yang mempunyai tenaga kerja pakar yang tersendiri mengikut unit masing-masing. Syarikat ini mempunyai lebih 200 orang pekerja dan merupakan orang-orang tempatan dari seluruh negara yang tinggal berdekatan dengan Bandar Sri Damansara

 IBU PERJABAT AMANAH IKHTIAR MALYSIA

                                       
LOGO AIM
                                                                    

     1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

            Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

1.3 CARTA ORGANISASI


  



No comments:

Post a Comment