Setelah menjalani Latihan Industri (L.I) yang bermula dari 20 Jun 2016 sehingga 4 November 2016 di Ibupejabat Amanah Ikhtiar Malaysia, banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah saya perolehi sepanjang saya menjalani latihan tersebut. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh pihak-pihak di Amanah Ikhtiar Malaysia dapat saya manfaatkan apabila memasuki alam pekerjaan nanti.
Melalui Latihan Industri ini juga, saya turut didedahkan kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar berbanding sebelum ini yang hanya mengetahui dari sahabat handai dan saudara mara sahaja. Apabila menempuh dan melalui sendiri suasana alam pekerjaan ini, saya dapat merasai pengalaman dan sekaligus mempelajari suatu yang baru serta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sepanjang tempoh latihan.
Sepanjang tempoh latihan ini juga, teknik berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya para sahabat (pelanggan/peminjam), pihak atasan Amanah Ikhtiar Malaysia dan di kalangan pekerja sendiri dapat saya pelajari dan secara tidak langsung, ia dapat menambahkan lagi pengetahuan saya bukan sahaja dari segi teknikal, malahan dari segi berkomunikasi juga.
No comments:
Post a Comment